PORNOGRAFI
Jadi kali ini kami akan mengupas tentang perlanggaran etika yang salah satunya adalah isu pornografi. Pornografi adalah penggambaran tubuh badan manusia atau tingkah laku seksualiti manusai secara terbuka dan meluas dengan tujuan untuk membangkitkan nafsu seseorang. Kami mengupas tajuk ini pada kali ini kerana ramai rakyat malaysia yang terdedah atau terjebak dengan masalah ini. Pornografi ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang ketagih terhadap pornografi iaitu merosakkan jiwa, minda, dan tubuh badan bagi penggemarnya. Yang paling membahayakan ialah pornografi ini mampu diaksee atau dilayari oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh mana-mana pihak.
Menurut Pengarah Love Myself Campaign Dr Shamsuriani Md Jamal statistik global yang dikeluarkan di laman web lucah di Amerika Syarikat baru-baru ini menyebut Malaysia antara negara paling tinggi di Asia yang menonton sumber pornografi. Malah daripada statistik itu, kaum wanita negara ini dikatakan mendahului kaum lelaki. Beliau juga ada menyatakan yang beliau telah melakukan kaji selidik yang membabitkan kelompok remaja 13 hingga 17 tahun pada tahun 2015 dan 2016. Pada 2015, beliau melakukan kaji selidik terhadap 70 responden dan 2016 pula melibatkan 377 responden. Bagaimanapun, kedua-dua kaji selidik menunjukkan hasil dapatan hampir sama. Kira-kira 80 peratus daripada responden mengakui terdedah kepada bahan pornografi. Separuh daripada jumlah itu pula mengaku secara sengaja dan 50 peratus lagi mengaku tidak sengaja.
Isu semasa yang dapat dikaitkan dengan isu pornografi adalah mengenai kes remaja dirogol 3 lelaki selepas perkenalan di Wechat. Artikel yang ditulis pada 5 Julai 2018 ini menceritakan seorang remaja berusia 19 tahun telah dirogol dengan 3 lelaki secara bergilir di Seri Iskandar. Suspek berjaya memancing pemangsa dengan alasan ingin berjumpa hanya untuk lepak. Mengikut kata Ketua Polis Daerah Perak tengah, remaja tersebut telah dibawa ke kediaman sebelum ditarik ke dalam bilik sebelum dipaksa untuk membuk baju dan diugut tidak mahu menghantar pemangsa pulang sekiranya dia tidak mengikut apa yang suspek mahu. Lebh lanjut remaja di rogol 3 lelaki
Apa yang boleh disimpulkan mengenai statistik tersebut, bahan pornografi telah didedahkan kepada masyarakat dari usia kecil dan remaja tanpa kita sedar ataupun tidak. Isu ini amat membimbangkan ibubapa seluruh negara. Maka, banyak pihak perlu menjalankan peranan supaya isu ini dapat dibendung.
Sumber: statistik peminat porno yang mebimbangkan , kes rogol , statistik mengejutkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment