KRITIKAN
Masalah perlanggaran etika ini semakin tersebar dengan meluas misalnya kritikan. Kritikan asalah perkataan buruk yang dilemparkan daripada mulut kita kepada orang lain. Kritikan ini datang dari orang yang tidak beretika. Pengkritik ini tidak dapat mengawal tangan mereka daripada menaip perkara buruk dan menyebabkan mereka menjadi pahlawan papan kekunci atau keyboard warrior. Mereka ini hanya bersembunyi di alam maya dan tidak berani untuk melangkah ke dunia nyata untuk menyatakan pendapat mereka. Aktiviti sedemikian akan menyebabkan banyak pihak tercedera dan akan menyebabkan tekanan. Ini akan memberi kesan buruk seperti kemurungan yang akan membawa kepada gejala bunuh diri jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, saya menasihatkan supaya kita tidak sepatutnya menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik bunuh diri di Malaysia tetapi menjadi penasihat yang boleh memimpin orang lain untuk memperbaiki diri daripada negatif kepada positif atau dari kritikan kepada sokongan.
Sumber https://missionself.com/examples-of-constructive-criticism

0 comments:
Post a Comment