Di samping itu, penggodaman juga salah satu isu pelanggaran etika di internet. Penggodam ini sangat berbahaya kerana mereka dilatih untuk mencuri maklumat dari sistem, pangkalan data atau akaun penting. Sebagai warganegara yang bijak, kita tidak boleh mengedarkan maklumat peribadi di media sosial seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon atau e-mel. Nombor kad pengenalan kita sangat penting kerana kita mendaftarkan akaun bank dan penggodam ini boleh menjejaki setiap bank yang didaftarkan bagi pihak kita. Sementara itu, nombor telefon boleh membantu penggodam ini mengesan pergerakan kita atau tempat kediaman kita. Seterusnya, kita mendaftarkan akaun media sosial menggunakan e-mel. Ini menggalakkan penggodam untuk menyalahgunakan akaun media sosial kita untuk manfaat mereka. Penggodam juga boleh mencemarkan nama baik kita dan mencuri maklumat penting kerajaan. Pada pandangan saya, kita sebagai orang yang ingin dilindungi harus memastikan setiap maklumat peribadi tidak di tunjukkan di media sosial atau di tempat lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment